Apakah Itu Kuali "Egg Pan"? Kuali No.1 Untuk Sarapan Harian Anda
-
Pengenalan
-
Siapakah yang akan menggunakan kuali ini?
-
Apakah yang boleh dimasak dengan kuali ini?
-
Cara Memasak
- Pemanasan
- Api Perlahan / Sederhana
- Penggunaan Minyak
-
Kelebihan Kuali
- Kecil dan Ringan
- Lapisan Non-Stik
- Cepat dan Senang
-
Kelemahan Kuali
- Ukuran Terbatas
- Cuci dengan Tangan
- Gunakan Utensil yang Betul
-
Kesimpulan
"Egg Pan" ataupun kuali telur adalah kuali yang dibuat khas untuk masak hidangan telur seperti telur dadar, telur mata, "scrambled egg" dan "pancake". Dengan ukuran dan bentuk yang kecil dan unik, kuali ini memudahkan proses memasak untuk menghasilkan telur yang cantik.
Pengenalan
Kuali telur adalah kuali dengan ukuran yang lebih kecil dan biasanya ada lapisan non-stik supaya anda boleh masak telur tanpa melekat. Kuali ini membolehkan anda untuk terbalikkan dan keluarkan telur dari kuali dengan risiko memecahkannya yang lebih rendah.
Siapakah yang akan menggunakan kuali ini?
Kuali telur ini adalah kuali yang sesuai jika anda seorang penggemar makan sarapan ataupun selalu makan hidangan telur. Di Malaysia, ramai orang selalu makan hidangan telur bersama nasi walaupun bukan pada waktu sarapan, membuatkan kuali ini lebih berguna dalam hidup anda.
Apakah yang boleh dimasak dengan kuali ini?
Dengan kuali telur, Anda dapat menghasilkan berbagai hidangan telur yang lazat dan menarik, beberapa menu simple termasuk:
Telur mata kerbau
Telur dadar
scrambled egg
pancake telur ataupun pancake biasa
muffin telur
Cara Memasak
Berikut adalah beberapa tips untuk mendapatkan hasil yang terbaik apabila masak telur menggunakan kuali ini :
Pemanasan
Panaskan kuali terlebih dahulu sebelum atau bersama minyak / mentega untuk elakkan telur melekat.
Api Perlahan / Sederhana
Masak dengan api perlahan atau sederhana untuk mencegah telur terlalu cepat masak yang boleh menyebabkan hangus ataupun masakan tidak rata. (Bawah terlebih garing manakala atas belum masak)
Penggunaan Minyak
Gunakan sedikit minyak atau mentega untuk membantu menghasilkan lapisan anti-lekat. Minyak yang banyak selalunya digunakan untuk telur dadar ala-thai menggunakan kuali yang lebih besar berbanding saiz standard kuali telur.
Kelebihan Kuali
Kuali telur menawarkan beberapa kelebihan yang membuatnya bagus untuk anda miliki:
Kecil dan Ringan
Ukurannya yang kecil dan ringan membuatnya mudah untuk digunakan dan disimpan.
Lapisan Non-Stik
Elakkan telur melekat pada kuali.
Cepat dan Senang
Saiz kecil kuali ini membolehkan anda untuk masak telur dengan cepat dan bersihkannya dengan cepat, terbaik untuk hidangan ringan atau tambahan kepada nasi anda.
Kelemahan Kuali
Antara kelemahan yang boleh ada dengan kuali ini termasuklah:
Ukuran Terbatas
Kuali ini mungkin tidak sesuai jika anda ingin memasak banyak telur sekaligus untuk orang ramai kerana saiznya yang kecil.
Cuci dengan Tangan
Elakkan menggunakan mesin pencuci yang dapat merosakkan lapisan non-stik, ini adalah perkara kecil kerana kuali ini senang dibasuh.
Gunakan Utensil yang Betul
Gunakan spatula plastik atau kayu untuk elakkan lapisan non-stick tergores.
Kesimpulan
Kuali telur adalah alat yang esensial untuk sesiapa sahaja yang selalu makan hidangan telur atau ingin memasak dengan cepat dan mudah. Kuali ini juga amat sesuai untuk pelajar-pelajar universiti yang selalu buat makanan simple dan basuh dengan cepat sebelum ke kelas.
-
Pengenalan
-
Siapakah yang akan menggunakan kuali ini?
-
Apakah yang boleh dimasak dengan kuali ini?
-
Cara Memasak
- Pemanasan
- Api Perlahan / Sederhana
- Penggunaan Minyak
-
Kelebihan Kuali
- Kecil dan Ringan
- Lapisan Non-Stik
- Cepat dan Senang
-
Kelemahan Kuali
- Ukuran Terbatas
- Cuci dengan Tangan
- Gunakan Utensil yang Betul
-
Kesimpulan