Review Tong BBQ Set Shopee, Saiz Besar tapi Bajet Kecil!

BigDapur Mar 12, 2024
96 People Read
Gambar Masakan BBQ
Table of Contents
  1. Pengalaman Penghantaran
  2. Kelebihan Tong BBQ Set Shopee
    1. Kapasiti Besar
    2. Senang Dibawa
    3. Ringan
  3. KekuranganTong BBQ Set Shopee
    1. Perubahan Warna dan Cat
    2. Bahagian Kemik
  4. Pengalaman Memasak
  5. Kesimpulan

Baru-baru ini saya ada membeli satu Set Tong BBQ yang saya jumpa di Shopee dan saya ingin kongsikan review pengalaman saya dengan set BBQ ini. Walaupun ia bukan set BBQ yang terbaik di pasaran, tapi untuk harga sekitar RM200 sahaja, saya yakin BBQ set ini adalah antara yang terbaik anda boleh jumpa di Shopee jika anda ingin berjimat dan pentingkan kegunaan lebih daripada penampilan.

Pengalaman Penghantaran

Pengalaman pembelian saya di Shopee adalah seperti biasa tanpa sebarang masalah, malah sebelum membuat pembelian saya ada message seller untuk bertanya beberapa soalan, dan seller menjawab dengan baik dan laju. Selepas membuat pembayaran, set BBQ saya tiba dalam masa dua hari. Seller melapisi barang saya dengan beberapa lapisan bubble wrap untuk memastikan saya menerima produk dalam keadaan yang baik. Walaupun agak susah untuk membuka lapisan bubble wrap tersebut, bagi saya ia menandakan seller serius untuk menjaga produk tersebut semasa proses penghantaran dan saya menghargai usaha tersebut. 

Kelebihan Tong BBQ Set Shopee

Selepas menggunakan BBQ set ini beberapa kali untuk menjamu makanan bagi keluarga dan rakan-rakan, antara kelebihan yang saya suka adalah:

Kapasiti Besar

Tong BBQ Yang Dibuka

Tong BBQ yang saya beli ini mempunyai kapasiti 50L dan saiz jaring pemanggang 59cmx34cm, membolehkan saya untuk membuat hidangan BBQ bagi 7 orang dengan senang, menu yang dipanggang termasuk ayam, daging, seafood dan sayuran. Biasanya saya akan memerlukan 3 putaran memasak dengan hanya satu kali penggunaan arang 3kg.

Senang Dibawa

Tong BBQ Portable

Bentuk bulat tong BBQ ini menyenangkan anda untuk tutup dan angkatnya meggunakan handle yang ada pada tong tersebut membuatkan tong ini sangat senang untuk dibawa kemana-mana saja, sama ada untuk mengalihkan dari hujan ataupun untuk dibawa camping. 

Tong BBQ Stand

Selain itu, stand ataupun pendiri tong ini juga boleh dilipat supaya senang untuk masukkan ke dalam kereta dan senang diangkat menggunakan satu genggaman tangan anda.

Ringan

Seperti yang dikatakan di atas, Tong BBQ ini bukan saja senang dibawa sebab boleh ditutup dan diangkat, ia juga adalah kerana keseluruhan tong dan pendirinya agak ringan jika dibandingkan dengan set BBQ lain yang mempunyai saiz yang lebih kurang sama. Walaupun ringan, set BBQ ini cukup kuat untuk menampung arang dan makanan anda diatas tong tersebut, dan tidak akan goyang ketika penggunaan oleh kerana sistem "semi-lock" yang ada pada bahagian tepi tong tersebut yang membolehkan ia untuk berdiri di atas stand tanpa bergerak. 

Kekurangan Tong BBQ Set Shopee

Walapun banyak kelebihan, ada beberapa aspek kekurangan yang saya dapat perhatikan:

Perubahan Warna dan Cat

Warna Tong BBQ berubah

Bahagian Bawah Tong BBQ

Cat hitam pada bahagian luar tong bbq ini akan terkopek apabila kena haba yang tinggi dari dalam tong, selalunya pada bahagian bawah tong di mana arang anda dibakar, warna tong dari dalam juga akan berubah. Anda boleh lihat perubahan warna tong di dalam dan luarannya pada gambar di atas.

Bahagian Kemik

Tong BBQ Kemik

Dalam penerimaan tong BBQ saya, saya dapat perhatikan sedikit kemik ataupun kemungkinan pemotongan yang tidak rata pada bahagian tepi tong, dimana kekurangan ini tidak menjejaskan penggunaan dan pemasakan saya langsung. 

Kedua kekurangan yang ada pada tong BBQ ini bagi saya bukanlah satu masalah yang besar, kerana memang pada awal motif saya untuk membeli tong BBQ set ini adalah untuk saiznya yang besar pada harga yang tidak terlalu mahal, dan bukanlah sangat kepada penampilannya, walaupun sedemikian, penampilannya dari luar tetap nampak kemas.

Pengalaman Memasak

BBQ Ayam

BBQ Daging

BBQ Sayur

Seperti yang diceritakan di atas, tong BBQ set ini dapat memenuhi tujuannya dengan sangat baik. Saya telah menggunakannya untuk menyiapkan pelbagai jenis hidangan BBQ untuk rakan-rakan dan keluarga, termasuklah ayam, brisket, ribs, steak, sotong, jagung, dan sayuran-sayuran lain. Setiap sesi memasak menggunakan tong ini telah berjaya menghasilkan bukan saja hidangan yang memuaskan, tetapi juga pengalaman yang baik. 

Kesimpulan

Hidangan Makanan BBQ

Berdasarkan pengalaman saya daripada penghantaran sehinggalah penggunaan tong BBQ set ini, saya boleh katakan yang saya berpuas hati dengan pembelian ini bersama harga yang ditawarkan dan yakin untuk recommend anda membeli set BBQ ini.

Tong ini juga sangat sesuai jika ini kali pertama anda ingin mempunyai set BBQ yang cukup besar untuk masak bersama rakan dan keluarga. 

Sekian Terima Kasih 😊.

Table of Contents
  1. Pengalaman Penghantaran
  2. Kelebihan Tong BBQ Set Shopee
    1. Kapasiti Besar
    2. Senang Dibawa
    3. Ringan
  3. KekuranganTong BBQ Set Shopee
    1. Perubahan Warna dan Cat
    2. Bahagian Kemik
  4. Pengalaman Memasak
  5. Kesimpulan